Saturday 21 March 2015

On 11:28 by Unknown   No comments
Nama Syarikat                                    : Qaseh Atisha Travel
Jenis Perniagaan                                : Perniagaan Tunggal
Perkhidmatan Yang Ditawarkan            :   1.  Pelancongan Malaysia dan Thailand
                                                             2. Perkhidmatan Van & Teksi
                                                             3. Tempahan Hotel
                                                             4. Insurans
Lokasi Premis                                : Cafe B Transport Building, Jalan Langgar, 05460 Alor Setar, Kedah.
Tarikh Perniagaan Dimulakan            : 12 Jun 2012
Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpontensi di Asia kerana mempunyai muka bumi yang unik dari segi iklim, geografi dan kehidupan flora dan fauna yang berlainan. Selain itu , Negara jiran contohnya Thailand juga mempunyai ciri-ciri tarikan pelancongan yang sama dengan Malaysia. Sehubungan dengan itu, penarikan pelancong bukan sahaja orang asing mahupun ia juga dapat menarik pelancong dari warga tempatan. Potensi industri pelancongan adalah satu penjana hasil ekonomi baru. Negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan ini sekirannya ia diberi penekanan yang sewajarnya


Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat meningkatkan pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain dalam memberi peranan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju Negara maju ke generasi berikutnya. Syarikat kami iaitu QASEH ATISHA TRAVEL SDN. BHD. yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan bagi memudahkan pelancong asing dan tempatan menuju ke destinasi menarik yang terdapat di Negara Malaysia dan Thailand. Syarikat kami juga sekaligus dapat memperkenalkan Negara kita kepada pelancong asing dengan cara membawa mereka mengunjungi pameran yang julung-julung kali diadakan seperti “Visit Malaysia”.

0 comments:

Post a Comment